10 March 2008

Lagu buat mu yang bergelar ISTERI...

Assalamualaikum kepada semua teman2 yang sudi berkunjung ke sini...

alhamdullillah di dalam ruang kesempatan yg diberikan ini, lisa ingin berkongsi bersama teman2 di sini sebuah lirik atau mungkin madah yang memberi penghargaan buat kaum wanita yang sudah bergelar ISTERI di luar sana...

Bismillahirahmanirahim...




Engkaulah Isteri, Permata Hati Ku
--------------------------------------------

Di balik tirai keanggunan mu
terserlah indah wajah nan ayu
lembut bicara menusuk kalbu
engkaulah isteri permata hati ku

Walau sering engkau ku tinggalkan
demi keluarga dan masa depan
tidak pernah sekali engkau luahkan
rasa penat mahupun kesangsian

c/o Kepercayaan mu
ku jadikan selimut tidur malam ku
Keyakinan mu
ku jadikan tunggak tenaga ku
Kasih sayang mu
adalah teman di sepanjang perjalanan ku
dan kesabaran mu
menjadi penghapus setiap api kemarahan ku
kerana senyuman mu
adalah penyejuk mata hati ku

Bagaikan seorang srikandi di medan perjuangan
terpancar ketegasanmu di sebalik kelembutan
engkau patuh menjalani setiap kewajipan
kepada Tuhan dan suami dengan penuh ketaatan

Engkaulah isteri permata hati ku
pengorbanan mu ku ingat selalu
semoga bahtera ini mendapat restu
dan keberkatan dari Tuhan ku Yang Satu

- Lisa Wan

No comments: