23 May 2008

Siti Khadijah ra Wanita Terunggul Dunia

Al-Fatehah buat Rasulullah SAW, Siti Khadijah ra, Siti Aisyah ra, keluarga Baginda serta sahabat2 Baginda. Amin.


Siti Khadijah ra Wanita Terunggul Dunia
---------------------------------------------------------

Jujur kata mu berwangian kasturi
Lembut bicara penyejuk hati
Ucapan sopan tersusun rapi
Budi pekerti mu sukar dicari ganti

Iklas hati mu menerima dan memberi
Kesucian hati mu harus dicontohi
Kau menerima dugaan yang datang tanpa henti
Di sebalik sengsara senyuman yang kau beri
kerana kau yakin dengan sepenuh hati
akan janjiNya di akhirat nanti

Ya Siti Khadijah
Wanita terunggul di seluruh dunia
Di saat mereka dicengkam takut dan resah
Di saat mereka hampir berputus asa
Kerana derita akibat kezaliman manusia durjana
Kau rela berkorban harta dan bergadai nyawa
Pengorbanan mu berjuang ke jalan fisabilillah
Demi Islam agama Allah

Kau berjaya melaksanakan kewajipan
Tanpa sebarang bantahan dan keraguan
Agungnya cinta mu sukar dibandingkan
Hingga ke akhir hayatmu tetap dipertahankan

Meskipun kini diri mu sudah tiada
Jasa mu terpahat buat selamanya
Engkaulah wanita terunggul seluruh dunia
Selayaknya engkau menjadi penghuni Syurga

- lisa wan

No comments: