28 May 2008

Coretan AKU Dahulu dan Sekarang

Coretan AKU Dahulu dan Sekarang




Dahulu,
Aku sering mengikut kehendak nafsu
kalau solat tak pernah tepat pada waktu
Kadang-kadang aku sengaja buat tak tahu
Lagipun bukannya orang tahu masa tu

Dahulu,
Aku selalu mengikut kehendak hati
walaupun tak elok tapi tetap ku turuti
dah katanya hidup cuma sekali
kalau tak buat confirm rugi

Dahulu,
Aku sanggup membuang masa
berlepak di mana-mana sahaja
nasihat yang diberi ku buat pekak telinga
yang penting enjoy sesama kita

Dahulu,
Aku rela berhabisan wang kerana idola
tidak kiralah kalau tiket beratusan dolar
konsert di seberang tambak pun aku rela
maklum, itulah peminat fanatik yang pantang dicabar

Dahulu,
Bila mak dan ayah hantar ku ke sekolah
aku merungut dan bertanya bila nak dewasa
tak sabar rasanya nak keluar bekerja
dan sudah pasti tidak perlu bergantung pada keluarga

Dahulu,
Ketika mak dan ayah cuba memberi teguran
ku balas dengan jelingan dan ejekkan
sehinggakan adakalanya kata-kata mereka ku berani lawan
kerana terlalu ikutkan darah muda yang berkocakkan

Dahulu,
Sangkaan ku hidup ini indah-indah belaka
aku mudah mendapatkan apa yang aku pinta
oleh kerana itu aku semakin lalai dan alpa
bahawa sesungguhnya segala kenikmatan dunia
hanyalah sementara sahaja

Tapi sekarang...
Aku telah sedar dari tidur ku yang lena
kerana kelenaan itulah aku menjadi seorang yang pelupa
lupa pada tanggungjawab ku sebagai hambaNya
lupa pada tanggungjawab ku di dalam keluarga

Sekarang,
Barulah aku sedar betapa masa itu berharga
kerana sedetik yang berlalu meninggalkan kita
tidak bisa diganti atau ditemui semula
sebaliknya teruskan hidup dengan sebaiknya

Sekarang,
Barulah aku sedar bahawa hidup ini terlalu singkat
iman ku yang lemah telah membuatkan aku sesat
fanatik ku sedikit pun tidak membawa manfaat
tapi alhamdullillah...
aku sudah mampu untuk mendengar dan melihat

Sekarang,
Barulah aku sedar hidup ini tidak seindah lukisan
dan seperti lukisan ia juga ada menggambarkan
pelbagai corak emosi dan perasaan
bagi mereka yang bergelar insan

Sekarang,
Barulah aku sedar kelalaian ku di masa lalu
telah membuatkan aku begitu jauh
jauh dari Tuhan ku Yang Satu
jauh dari mak dan ayah ku...

Sekarang,
Setelah aku meningkat dewasa
barulah aku sedar betapa pentingnya keluarga
tidak pernah sesaat pun mereka berputus asa
walau adakalanya aku tahu mereka kecewa
sehinggalah di saat ayah menghembuskan nafas terakhirnya
ayah tetap berdoa buat kami semua
meskipun ketika itu pintu hati ku belum terbuka seluasnya
tapi pemergian ayah di saat aku masih memerlukannya
bagaikan satu pembuka mata
dan secara perlahan aku mulai berubah
walaupun sukar tapi ku cuba sedaya-upaya
mungkin sudah sampai masanya
untuk ku balas jasa dan pengorbanan mereka
walaupun aku tahu balasan ku tidak mampu menandinginya
namun aku bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa
kerana ku diberi peluang yang kedua
Subhanallah... Maha Suci Allah
Allahu Akhbar... Allah Maha Besar
Alhamdullillah... Segala Pujian Bagi Allah
dan itulah rahmat yang tiada bandingannya
rasa bagaikan aku mati dan hidup semula

Allahu Akhbar...
Setiap kali aku mengangkat dan menadah tangan
airmata ku berguguran tanpa sebarang paksaan
rasa sebak sudah tidak dapat aku gambarkan
Subhanallah... betapa aku dimandikan rasa ketenangan
suatu ketenangan yang belum pernah aku rasakan
mungkin inilah dia luahan dan perasaan seorang insan
yang ingin pulang ke pangkal jalan...

- Lisa Wan

No comments: