Dilahirkan pada tanggal 6hb Januari 1980, anak watan Singapura ini mempunyai minat yang cukup mendalam di dalam bidang penulisan bahasa Melayu. Minat yang dipupuknya sejak dari bangku sekolah lagi, telah membuahkan beberapa hasil tukilan asli si penulis dari segi cerpen, novel, madah dan pantun.
Selain daripada menghasilkan karya-karya yang berbentuk kekata madah sebagai tatapan ramai malah minatnya juga tertumpu kepada penulisan cerpen mahupun novel di dalam aliran bahasa Inggeris. Ternyata setiap perjalanan yang dilalui untuk menghasilkan sesebuah karya tidaklah mudah kerana ianya memerlukan konsentrasi yang secukupnya dan penggunaan bahasa yang kuat untuk menyakinkan pandangan si pembaca. Oleh itu dia amat berterima kasih kepada semua yang bersusah-payah meluangkan masa untuk memberi kata nasihat mahupun kritikkan yang membina di lelaman yang pernah beliau tubuhkan untuk berkongsi bersama karya yang dihasilkan. Namun di atas sebab-sebab yang tertentuTerima kasih ini juga ditujukan khas buat semua teman seperjuangan dengannya yang sama-sama maju ke hadapan demi menyemarakkan lagi seni penulisan di Singapura.
- Lisa Wan
Karya May 2008 :
:: Hati Wanita Solehah...
:: Ya Umairah
:: Siti Khadijah ra Wanita Terunggul Dunia
:: Coretan AKU Dahulu dan Sekarang
28 May 2008
Kata Pendahuluan
Catatan
Lisa Wan
pada
4:40 PM
2
komentar
Coretan AKU Dahulu dan Sekarang
Coretan AKU Dahulu dan Sekarang
Dahulu,
Aku sering mengikut kehendak nafsu
kalau solat tak pernah tepat pada waktu
Kadang-kadang aku sengaja buat tak tahu
Lagipun bukannya orang tahu masa tu
Dahulu,
Aku selalu mengikut kehendak hati
walaupun tak elok tapi tetap ku turuti
dah katanya hidup cuma sekali
kalau tak buat confirm rugi
Dahulu,
Aku sanggup membuang masa
berlepak di mana-mana sahaja
nasihat yang diberi ku buat pekak telinga
yang penting enjoy sesama kita
Dahulu,
Aku rela berhabisan wang kerana idola
tidak kiralah kalau tiket beratusan dolar
konsert di seberang tambak pun aku rela
maklum, itulah peminat fanatik yang pantang dicabar
Dahulu,
Bila mak dan ayah hantar ku ke sekolah
aku merungut dan bertanya bila nak dewasa
tak sabar rasanya nak keluar bekerja
dan sudah pasti tidak perlu bergantung pada keluarga
Dahulu,
Ketika mak dan ayah cuba memberi teguran
ku balas dengan jelingan dan ejekkan
sehinggakan adakalanya kata-kata mereka ku berani lawan
kerana terlalu ikutkan darah muda yang berkocakkan
Dahulu,
Sangkaan ku hidup ini indah-indah belaka
aku mudah mendapatkan apa yang aku pinta
oleh kerana itu aku semakin lalai dan alpa
bahawa sesungguhnya segala kenikmatan dunia
hanyalah sementara sahaja
Tapi sekarang...
Aku telah sedar dari tidur ku yang lena
kerana kelenaan itulah aku menjadi seorang yang pelupa
lupa pada tanggungjawab ku sebagai hambaNya
lupa pada tanggungjawab ku di dalam keluarga
Sekarang,
Barulah aku sedar betapa masa itu berharga
kerana sedetik yang berlalu meninggalkan kita
tidak bisa diganti atau ditemui semula
sebaliknya teruskan hidup dengan sebaiknya
Sekarang,
Barulah aku sedar bahawa hidup ini terlalu singkat
iman ku yang lemah telah membuatkan aku sesat
fanatik ku sedikit pun tidak membawa manfaat
tapi alhamdullillah...
aku sudah mampu untuk mendengar dan melihat
Sekarang,
Barulah aku sedar hidup ini tidak seindah lukisan
dan seperti lukisan ia juga ada menggambarkan
pelbagai corak emosi dan perasaan
bagi mereka yang bergelar insan
Sekarang,
Barulah aku sedar kelalaian ku di masa lalu
telah membuatkan aku begitu jauh
jauh dari Tuhan ku Yang Satu
jauh dari mak dan ayah ku...
Sekarang,
Setelah aku meningkat dewasa
barulah aku sedar betapa pentingnya keluarga
tidak pernah sesaat pun mereka berputus asa
walau adakalanya aku tahu mereka kecewa
sehinggalah di saat ayah menghembuskan nafas terakhirnya
ayah tetap berdoa buat kami semua
meskipun ketika itu pintu hati ku belum terbuka seluasnya
tapi pemergian ayah di saat aku masih memerlukannya
bagaikan satu pembuka mata
dan secara perlahan aku mulai berubah
walaupun sukar tapi ku cuba sedaya-upaya
mungkin sudah sampai masanya
untuk ku balas jasa dan pengorbanan mereka
walaupun aku tahu balasan ku tidak mampu menandinginya
namun aku bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa
kerana ku diberi peluang yang kedua
Subhanallah... Maha Suci Allah
Allahu Akhbar... Allah Maha Besar
Alhamdullillah... Segala Pujian Bagi Allah
dan itulah rahmat yang tiada bandingannya
rasa bagaikan aku mati dan hidup semula
Allahu Akhbar...
Setiap kali aku mengangkat dan menadah tangan
airmata ku berguguran tanpa sebarang paksaan
rasa sebak sudah tidak dapat aku gambarkan
Subhanallah... betapa aku dimandikan rasa ketenangan
suatu ketenangan yang belum pernah aku rasakan
mungkin inilah dia luahan dan perasaan seorang insan
yang ingin pulang ke pangkal jalan...
- Lisa Wan
Catatan
Lisa Wan
pada
4:28 PM
0
komentar
23 May 2008
Siti Khadijah ra Wanita Terunggul Dunia
Al-Fatehah buat Rasulullah SAW, Siti Khadijah ra, Siti Aisyah ra, keluarga Baginda serta sahabat2 Baginda. Amin.
Siti Khadijah ra Wanita Terunggul Dunia
---------------------------------------------------------
Jujur kata mu berwangian kasturi
Lembut bicara penyejuk hati
Ucapan sopan tersusun rapi
Budi pekerti mu sukar dicari ganti
Iklas hati mu menerima dan memberi
Kesucian hati mu harus dicontohi
Kau menerima dugaan yang datang tanpa henti
Di sebalik sengsara senyuman yang kau beri
kerana kau yakin dengan sepenuh hati
akan janjiNya di akhirat nanti
Ya Siti Khadijah
Wanita terunggul di seluruh dunia
Di saat mereka dicengkam takut dan resah
Di saat mereka hampir berputus asa
Kerana derita akibat kezaliman manusia durjana
Kau rela berkorban harta dan bergadai nyawa
Pengorbanan mu berjuang ke jalan fisabilillah
Demi Islam agama Allah
Kau berjaya melaksanakan kewajipan
Tanpa sebarang bantahan dan keraguan
Agungnya cinta mu sukar dibandingkan
Hingga ke akhir hayatmu tetap dipertahankan
Meskipun kini diri mu sudah tiada
Jasa mu terpahat buat selamanya
Engkaulah wanita terunggul seluruh dunia
Selayaknya engkau menjadi penghuni Syurga
- lisa wan
Catatan
Lisa Wan
pada
1:00 PM
0
komentar
22 May 2008
Ya Umairah...
Al-Fatehah buat Rasulullah SAW, Siti Khadijah ra, Siti Aisyah ra, keluarga Baginda serta sahabat2 Baginda. Amin.
------------------------------------------------------------
Ya Umairah...
Ciptaanmu wahai insan
adalah penyeri halaman
mekar mewangi hiasi taman
Ya Umairah...
engkaulah insan pilihan
Cantik mu bukan pada paras rupa
kaya mu bukan pada harta dunia
tapi cantik mu pada akhlak mulia
dan kaya mu pada iman dan taqwah
Ya Aisyah
Ya Umairah
pipi mu merah bak delima
yang ceria memancar cahaya
tangkas mu di dalam manja
lembut mu tika bertutur bicara
tegas mu menegakkan agama
Ya Aisyah
Ya Umairah
engkaulah lambang wanita solehah
srikandi kesayangan Rasulullah
yang berjuang di jalan Allah
Andai dapat ku putarkan masa
ingin ku berjuang di sisi mu Ya Umairah
rela ku korban seluruh harta
rela ku menitis darah bergadai nyawa
Sabar dan suci hati mu Ya Umairah
ketika dilanda tiupan tohmah
adalah contoh mulia kurniaan Allah
meninggikan lagi martabat Muslimah
- Karya hasil tukilan Lisa Wan
- harus diingatkan bahawa gambar di atas bukanlah gambar sebenar ataupun berkaitan dengan Siti Aisyah ra, hanya sekadar gambar hiasan sahaja.
Catatan
Lisa Wan
pada
1:30 PM
0
komentar
21 May 2008
Hati Wanita Solehah...
Hati Wanita Solehah...
Wanita adalah hiasan dunia
dan seindah hiasan adalah wanita solehah
hatinya murni dan sungguh mulia
sentiasa iklas dan jujur tanpa perlu dipaksa
dengan rela menjalani tugas dan kewajipannya
menjaga nama baik keluarga dan agama
Hati wanita yang solehah terlalu mulia untuk dinoda
dengan habuan dunia yang tiada kekalnya
dengan kata-kata manis ibarat umpan yang dijaja
mahupun janji-janji palsu yang membelai jiwa
Hati wanita yang solehah tidak mudah dijual beli
tidak seperti boneka yang boleh dicampak ke sana sini
atau diperhambakan tanpa harga diri
kerana nilainya hati wanita yang solehah ini
terlalu tinggi tidak terperi
Hati wanita yang solehah sukar untuk diperdaya
walaupun zaman mulai berubah mengikut peredaran masa
pendedahan aurat sudah menjadi satu fenomena dunia
seolah-olah ia sudah seperti perkara biasa
namun bagi seorang wanita solehah yang berhati mulia
kesucian diri di balik tabir tetap dipelihara
kerana ingat mereka pada janji Allah, Tuhan Yang Maha Esa
Hati wanita yang solehah bagaikan permata hati
yang tidak lekang dek panas matahari
mahupun lapuk dek hujan yang membasahi
kerana hati wanita yang solehah ini
akan selalu bermandikan nur berakhlak tinggi
Hati wanita yang solehah akan semulajadinya
memelihara tatasusila mereka tika berbicara
lembut bahasa mengatur kata
bersopan-santun pada yang tua
saling menghormati pada yang muda
serta baik perilakunya walau di mana sahaja
Hati wanita yang solehah akan sentiasa ceria
setiap kali kedengaran Azan yang berkumandang di udara
kerana rasa rindu yang tiada terkata
untuk kembali bersujud bermohon akan keredhaanNya
tangan menadah menanda syukur dengan kurniaanNya
airmata berguguran agar dosa-dosa yang lalu diampunkanNya
Tetapi andai kata hati itu mulai ternoda
akhlak tercemar seolah tidak bermoral
kelembutan hilang dari pandangan mata
genjala sosial semakin berleluasa
jiwa memberontak tanpa hala tujuannya
akhirnya yang tinggal hanyalah kekerasan jiwa
Oleh itu wahai wanita
peliharailah hatimu dari tuntutan dunia semata-mata
bersihkan hatimu dari kekotoran yang ada
hindarilah ia dari menabur sifat dengki dan cemburu buta
sucikan ia dari segala rasa dendam yang terpahat di dada
hujanilah lisan mu dengan kata-kata yang indah
basahilah lidah mu dengan berzikir kepadaNya
usah keringkan bibirmu dari menyebut namaNya
jangan kau lupa berselawat ke atas Nabi Junjungan kita
insya-Allah...
semoga kesucian dan kemuliaan hati mu akan terus terpelihara
amin...
- Karya Hasil tukilan Lisa Wan
Catatan
Lisa Wan
pada
5:20 PM
0
komentar
21 April 2008
AKU di mata Ibu
Ibu,
Engkau adalah wanita yang mulia
Pengorbanan mu memang tidak terkira
Sanggup kau berkorban bergadai nyawa
Sejak dari rahim mu hinggalah ku melihat dunia
Tetapi ibu maafkan aku bertanya... mengapa?
Di saat aku ingin belajar mengenal diri mu
Hanya pekikkan yang ku dapat setiap waktu
Di saat aku ingin berlari mengdakap tubuh mu
Hanya sepakkan sahaja yang kau berikan pada ku
Di saat aku mengharapkan pelukkan erat dari mu
Kau membalasnya dengan tamparan di pipiku selalu
Di saat aku jatuh dan rintihkan belas dari mu
Kau menghulurkan tangan hanya untuk menunjal kepala ku
Di saat aku mengharapkan kata-kata semangat dari mu
Kau hiasi pendengaran ku dengan tutur kesat menikam kalbu
Di saat aku dambakan kasih sayang dari mu
Kau mewarnai hidup ku
dengan belaian tali pinggang yang berjalur di tubuh ku
Ibu...
Apakah dosa ku?
Apakah kerana aku tidak sepandai anak-anak teman mu?
Apakah kerana aku tidak secantik anak-anak teman mu?
Apakah kerana aku tidak sesempurna anak-anak teman mu?
Apakah kerana aku sudah menyusahkan hidup mu?
Rasanya sudah kering airmata ini ibu...
Melihat dan menahan rasa sebak yang kian bertamu
Ibu...
Aku rindu untuk memimpin tangan mu
Aku rindu untuk mengucup dahi mu
Aku rindu untuk membelai pipi mu
Aku rindu untuk merasakan kehangatan di dalam dangkapan mu
Ibu...
Izinkan ku menjaga mu sepanjang hayat ku
Izinkan ku membelai mu dengan penuh kasih sayang sepanjang hayat ku
Izinkan ku mencium kedua belah tapak tangan mu
Izinkan ku merasakan kasih sayang mu wahai ibu
Ibu...
Maafkan ku andai ku telah melukai hati mu
Janganlah ibu marah-marah selalu
Aku takut setiap kali ibu marah dan mengasari ku
Nanti di akhirat nanti Allah akan bertanya kepada ibu
Dan sesungguhnya aku tidak sanggup ibu
Melihat kau menderita di sana kerana apa yang telah kau lakukan pada ku
Ya Allah,
Panjangkan usia ku
Untuk ku membalas segala jasa dan pengorbanan ibu
Segala tamparan yang diberi ibu
Ku jadikan tanda belaian kasih sayang dari ibu
Setiap titik racun kebencian yang membara di dalam hati ibu
Ku jadikan pengubat lara pada ikatan aku dan ibu
Segala cacian dan kata kesat yang diberi ibu
Ku jadikan pembakar semangat untuk ku terus menghormati ibu
Kerana ku yakin dan percaya dengan segala ketentuan dari Mu
Bahawa hati ibu sekeras batu
Yang pasti berubah dan menjadi lembut dengan siraman air ketulusan ku
Ya Allah,
Lembutkanlah hati ibu
Bimbinglah dia ke jalan yang diredhai oleh Mu
Aku tidak mahu ibu terus bergelombang dengan dosa kerana ku
Ibu..
mungkin ibu tidak tahu
atau mungkin aku di mata ibu hanyalah alat pelepas marahmu
atau mungkin aku hanyalah sebuah boneka di mata mu
yang boleh kau campak, robek dan buang bila-bila waktu
tetapi percayalah ibu...
bahawa anak mu ini senantiasa menyanyangi mu
- Lisa Wan
Nota : Karya ini hanyalah buat tatapan sahaja, tiada kena-mengena atau berkaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia, sebarang persamaan hanyalah secara kebetulan sahaja. Terima kasih.
Catatan
Lisa Wan
pada
11:15 AM
0
komentar
10 January 2008
Buat Bonda Alos Bte Mohamed
Buat Bonda Alos Bte Mohamed
Tanggal 10hb Januari 1941 seorang bayi telah dilahirkan
Di saat negeri pertiwi sedang dipertahankan
Di saat anak-anak bangsa bersatu-padu memperjuangkan
Negeri tercinta daripada menjadi sasaran musuh jajahan
Alos Bte Mohamed, itulah nama yang telah diberikan
Anak sulung kepada enam beradik yang diberi didikan
Untuk menjaga adik-adiknya dengan penuh kemesraan
Tanpa mengenal jemu dan erti kepenatan
Tanggal 17hb Januari 1963 ibu telah diijabkabulkan
Dengan seorang pemuda yang belum pernah diperkenalkan
Rasa takut dan penuh debaran
Semoga mahligai yang dibina akan berkekalan
Wan Bin Tokemin, itulah nama suami yang diberi
Perkahwinan mereka memang direstui
Dari keluarga dan juga Illahi
Rasa gembira di dalam hati
Tidak lama dikurniakan seorang bayi
Hidup ibu sentiasa sederhana
Hidup yang berbekal pada kebahagiaan keluarga
Melihat suami gembira dan anak bahagia
Sudah memadai buatnya sepanjang masa
Sepanjang hayat ibu menderita
Berbagai bencana datang melanda
Berbagai malapetaka yang kian menimpa
Namun ibu tabah menghadapinya
Kini ke Rahmatullah ayah telah kembali
Meninggalkan isteri yang dikasihi
Ayah pergi tak kan kembali lagi
Meninggalkan anak yang disayangi
Liku-liku perjalanan ini amat sukar sekali
Terpaksa kami merintasi apa jua rintangan yang terbentang kini
Rindu kepada ayah semakin dirasai
Mencengkam jiwa, hati dan naluri
Sungguh mendalam kasih ibu yang sejati
Masih tetap teguh walau sudah lama ditinggal sendiri
Dengan anak-anak sebagai ganti
Untuk mengubat rindu yang melekat di hati…
- Lin sayaaaaaaang Mak!
Catatan
Lisa Wan
pada
9:42 AM
1 komentar
09 January 2008
Taman Persahabatan
TAMAN PERSAHABATAN
-----------------------------------------------------------------------
Persahabatan itu bagaikan menjaga sebuah taman
Bajalah ia dengan benih kesabaran
kerna dari benih itu akan tumbuh satu jalinan ikatan
mengeratkan ukhwah sesama insan
Siramilah ia dengan titisan jernih air keiklasan
kerna kejernihan air dapat menyuburkan hati yg ketandusan
dengan kesegaran seribu harapan
Belailah ia dengan penuh kasih sayang
kerna dari situ akan berputik bunga2 ihsan
dan membuahkan rasa hormat terhadap teman
Pagarilah ia dengan amanah, bertanggungjawab dan ketaqwaan
kerna tanggungjawab itu akan membuat kita
lebih matang menghadapi dugaan bersama
amanah pula mengajar kita
untuk saling mempercayai walau sengketa kian melanda
dan ketaqwaan itu akan menjadi penyuluh buat kita
untuk menerangi taman hati tatkala di dalam gelita
Apabila benih kesabaran disirami titisan air keiklasan
akan mekarlah kuntuman-kuntuman bunga ihsan
serta lebatnya buah-buahan ketulusan
dan yg mewarnai taman indah persahabatan
- Lisa Wan
Catatan
Lisa Wan
pada
4:02 PM
2
komentar
08 January 2008
Bangkit dari Perlabuhan
Bangkit dari Perlabuhan
Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan sementara sahaja
ibarat kapal yang berlabuh buat seketika cuma
Sesungguhnya tiada yang kekal melainkan Nya
Tuhan yang Satu, Pencipta Agung seluruh buana
Bangkitlah wahai manusia
usahlah kau lalai dengan nikmat dunia
yang semakin hari semakin merbahaya
urusan dunia yang pastinya tiada kesudahannya
begitu juga sandiwara dunia yang mengaburi jiwa remaja kita
sehinggakan ada yang tewas, ditipu dan diperdaya
Ayuh, bangkitlah wahai manusia
Dunia berputar setiap masa
dunia yang sememangnya sudah lanjut usia
kini hanya menunggu saat dan ketika
untuk berhenti dan kembali kepada Pencipta Agung Yang Maha Esa
Oleh itu, persiapkanlah diri kita dengan ilmu dan amal kebajikan
yang bakal menjadi bekalan dan jambatan
untuk kita kelak di Hari Perhitungan
- Lisa Wan
Catatan
Lisa Wan
pada
11:23 AM
0
komentar
02 January 2008
Muqaddimah 2008
Muqaddimah 2008
-----------------------------
2008,
rasanya baru semalam 2007 hangat diperkatakan
rasanya baru semalam 2007 heboh diperbincangkan
rasanya baru semalam 2007 begitu meriah kita sambutkan
kini...
2007 telah menjadi mimpi-mimpi indah semalaman
kenangan pahit yang terpahat menjadi satu pengiktibaran
setiap pengorbanan yang dilakukan
setiap ihsan yang diberikan
setiap kata yang diucapkan
setiap laku yang ditonjolkan
menjadi cermin akan apa yang menanti di masa hadapan
2008,
ku dangkapmu dengan penuh harapan
kepada Tuhan ku berdoa dan mohonkan keampunan
di atas setiap dan segala dosa, kesilapan dan kesalahan
di atas setiap solat yang ku tinggalkan
di atas setiap kekata yang ku lafazkan
di atas setiap tingkah-laku ku yang menyinggung perasaan
tanpa ku sedar atau sengaja dilakukan
2008,
ku cium bau wangian mu bak harum kasturi
agar diri ku yang hina lagi daif ini
senantiasa mendapat berkat dan rahmat Mu Ya Robbi...
agar ku menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi
agar ku menjadi insan yang sentiasa redha dengan qadak dan qadar Illahi
agar ku menjadi insan yang sentiasa sabar tika diuji
dan sentiasa tabah walau musibah melanda tanpa henti
terangilah hati kami
dari kegelapan yang cukup gelita ini
bimbinglah kami
dari bisikkan yang bisa memesongkan kami di dalam perjalanan ini
kerana ku yakin dan percaya kepada Mu Ya Allah, Ya Robbi
Ya Tuhan kami...
Amin
Catatan
Lisa Wan
pada
8:58 AM
0
komentar
19 December 2007
Kata Hikmah 2
Koleksi Kata Hikmah 2
1)
di dalam sesebuah persahabatan sepertimana kita saling memberi nasihat, pandangan dan teguran maka hendaklah kita juga menerima sesuatu nasihat, pandangan dan teguran dengan hati yang terbuka dan iklas.
-------------------------------------------------------
2)
hadapi sesebuah masalah dengan hati yang tenang dan secara rational, bukan mengikut fikiran yang bercelaru dan secara emotional. Kelak hanya merusutkan lagi kerumitan yang sedia ada.
-------------------------------------------------------
3)
MASA berlalu dengan begitu pantas sekali dan terciptanya masa bukan untuk menanti tetapi untuk kita saling mengejar demi mencapai impian di dalam kehidpan seharian.
-------------------------------------------------------
4)
di dalam sesebuah persahabatn kesabaran, kejujuran, keiklasan dan kesetiaan itu amat penting. seseorang sahabat yang sabar melayani masalah dan kerenah sahabat yang lain dengan seiklas hati akan sentiasa jujur di dalam memberi pandangan mahupun pendapat dan selalu setia di dalam susah dan senang, suka dan duka di dalam kehidupan seharian.
Catatan
Lisa Wan
pada
1:15 PM
0
komentar
Labels: karya, kata2 hikmah, lisawan
Kata Hikmah 1
1)
kadang-kalanya berdiam itu lebih baik dari mengeluarkan kata-kata yg bisa mengguriskan perasaan orang lain tanpa disedari
-----------------------------------------------
2)
kata-kata yang diucapkan ketika marah itu bagaikan sebuah kereta yg memecut laju di lampu merah yg ada kalanya boleh membawa padah pada diri sendiri dan mereka yg berada di sekeliling
-----------------------------------------------
3)
di dalam memberi atau melakukan sesuatu untuk orang lain, jangan sesekali mengharapkan balasan kerana dengan berbuat demikian akan hilanglah erti keiklasan...
-----------------------------------------------
4)
seseorang sahabat akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan sahabat yang lain dan bukan merungut atau mengungkit pengorbanan yang telah diberikan
Catatan
Lisa Wan
pada
1:00 PM
0
komentar
Labels: karya, kata2 hikmah, lisawan
Ya Rasulullah...
cerpen tukilan dari mukhlisa_nur telah memberikan saya satu inspirasi untuk menghasilkan karya yang tidak seberapa ini...
-------------------------------------------------------------------------
Ya Rasulullah,
andai sahaja kami tahu betapa peritnya perjalanan yg engkau lalui
andai sahaja kami tahu kepayahan yg harus engkau tempuhi
andai sahaja kami tahu kesukaran yg menduga mu tanpa henti
andai sahaja kami tahu betapa besar pengorbananmu buat kami
andai sahaja dapat langkah mu kami ikuti
anda sahaja dapat akhlak mu kami contohi
andai sahaja dapat sunnah mu kami turuti
andai sahaja dapat kasih sayang mu kami rasai di saat dan tika ini
di saat umat mu yg kian diserang penyakit lupa diri
di saat umat mu yg semakin hari semakin lalai dengan tanggungjawab yg diberi
tika umat mu yg senantiasa bergaduh sesama sendiri
tika umat mu yg selalu tewas dengan bisikkan nafsu dan perasaan hasrat dengki
ke manakah arah tujuan kami Ya Rasulullah di akhirat nanti?
di saat engkau menanti sepenuh hati
untuk engkau berikan syafaat kepada kami
tetapi apakah kami layak Ya Rasulullah
menerima syafaat mu tanpa kami kenal erti pergorbanan mu dahulu
apakah kami layak Ya Rasulullah
menerima syafaat mu tanpa kami kenal erti perjuangan mu itu
apakah kami layak Ya Rasulullah
untuk menerima syafaat dari mu...
Ya Allah... ya Robbi
Ya Tuhan kami
berilah kami taufik dan hidayah dari Mu sebagai penyuluh hati
menerangi sisa-sisa perjalanan hidup kami
agar kami menjadi hamba-hamba Mu yg bertakwah dan berakhlak tinggi
agar kami dilindungi dari seksaan api neraka yg cukup pedih dan hitam sekali
agar dipertemukan kami dengan Nabi junjungan besar kami...
Nabi Muhammad SAW di hari kebangkitan nanti
- lisa wan
Catatan
Lisa Wan
pada
12:25 PM
0
komentar
05 December 2007
Madah seorang TEMAN
Ku ciptakan kini sebuah madah buat mu TEMAN...
Teman,
Sekilas wajahmu terpancar suatu sinaran
Sinaran yang telah menerangi setiap pelusuk kegelapan
Teman,
Setiap kali ku lihat senyuman yang diukirkan
Seakan melenyapkan segala api kemarahan
Teman,
Senda gurau mu ku jadikan sandaran
Untuk ku tempohi di saat kita berjauhan
Teman,
Sesungguhnya setulus hatimu tidak dapat aku bandingkan
Dengan segala harta kebendaan
Kerana ku tahu isi hati budimu, Teman
Yang sanggup berkorban di saat aku memerlukan
Yang sanggup memberi ku kata peransang tanpa hentian
Sesungguhnya aku menadah tangan penuh kesyukuran
Kerana dikurniakan insan yang boleh ku gelarkan Teman
Walapun dunia ini hanyalah suatu persinggahan
Bagiku persabahatan ini akan tetap ku semat dalam ingatan
Sehingga degupan nadiku sudah sampai di penghujung jalan
Insya-Allah…
Catatan
Lisa Wan
pada
11:05 AM
0
komentar
Butakah CINTA
BUTAKAH CINTA
Kita sering mengatakan cinta itu buta
walhal cinta itu sendiri tidak bermata
Cinta wujud di dalam insan yang buta penglihatannya
tetapi tidak di dalam insan yang buta hatinya
Catatan
Lisa Wan
pada
10:08 AM
0
komentar
01 December 2007
Wild and Free

When I looked at those faces
they reminded me of those phases
in my life where everything
seemed to be just right
and smooth sailing
Back then I used to be so carefree
nothing is there to pull me down
not even my family
I was there running wild in my own dreams
being so oblivious to all the things around me
I know I don’t have to worry about money
cause daddy will always be there for me
I know I don’t have to worry about doing the laundry,
washing the dishes or even lifting my finger up for any cleaning
cause mommy will be there to get it all ready for me
I don’t have to worry about food and drinks
cause I know everything has been taken care of
and I mean… everything
In my tiny little head I only have these to worry
with who am I going to play during the weekend?
will my cousin be around to continue the game?
or will I be alone…
like most of the times when I’m at home
With who am I going to share these little secrets?
about my crush in school, my first puppy love
my skipping lessons and got caught for talking in classes
With who am I going to seek attention from
whenever I fail my tests?
whenever I fight with my friends?
whenever mom refuses to see things the way I do?
and even at those times when daddy falls sick,
I simply refuse to see
and to acknowledge the fact that daddy will leave me
All I have in my tiny little head is that I know daddy loves me
and I know he will never ever forsake me
Never…
but of course I have to accept the painful reality
that daddy is here no more for me
The day daddy left was the day my world became incomplete
in the jigsaw puzzle of my life, he was the missing piece
since then there were no more ‘wild and free’ for me
Things have changed and changes come with great responsibility
and it changed my life entirely
not that I complain for losing my freedom or the wild side of me
its just that I miss the goody old days of the old little me
so I smile at myself looking at those kids
they were running and playing
singing and dancing as if we were all invisible
they were laughing and giggling
pulling each other closer and whisper jokes
before they broke into another fit of giggles
as for me…
here I am sitting and reminiscing
recalling and appreciating every little seconds of my life
with mom and daddy
Oh, I miss the old man very much now…
- this poetry was first posted up at my fanfic sites on 21-05-2007
Catatan
Lisa Wan
pada
2:00 PM
0
komentar
30 November 2007
Antara tangan yang...

Antara tangan yang ...
Tangan yang memberi hendaklah dengan penuh keihsanan dan keiklasan
tanpa mengharapkan sebarang balasan
Tangan yang menerima pula haruslah dengan rasa kesyukuran
dengan bantuan yg diberikan
Catatan
Lisa Wan
pada
2:30 PM
0
komentar
Indah Kehijauan

Indah Kehijauan...
Dedaun hijau yang tumbuh kerimbunan
Mencakar langit mencari sinaran
Kepada mentari diminta makanan
Agar pokok kukuh tidak kekunduran
Juntaian dahan di rimba hutan
Seakan memberi seribu satu pengertian
Alunan burung yang riang berkicauan
Memecah alam di kala kesunyian
Akar hidup tanpa gangguan
Tersimpul mati di dalam genggaman
Sungguh tenang dan amat mententeramkan
Udara nyaman lagi mengasyikkan
Tetapi sayang...
Hutan luas kini menjadi sasaran
Hadirnya jentolak mencemar keindahan
Tibanya mereka yang tidak kenal erti kesyukuran
Ada pokok yang ditebang untuk dijadikan bahan seharian
Ada juga yang ditebang di luar jangkaan
Haiwan berlari mencari tempat perlindungan
Takut dibunuh demi nafsu kepuasan
Burung terbang bebas di awanan
Melihat syurga idaman di dalam kepupusan
Melihat tempat perhimpunan kedamaian menjadi huru-hara oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan
Apakah esok masih ada lagi tempat permainan?
Apakah esok mentari bisa lagi menyinarkan cahaya ke pelusuk hutan?
Apakah esok masih ada harapan untuk mereka kembali bersatu bersama teman-teman seperjuangan?
Atau mungkin segala-galanya menjadi satu kenangan
Oleh itu... ayuh... marilah kita berganding bahu dan berjabat tangan
Peliharailah dan hargailah setiap mahkluk ciptaan Tuhan
kerana seperti kita, mereka juga mempunyai hati, naluri dan perasaan...
Catatan
Lisa Wan
pada
2:10 PM
0
komentar
27 November 2007
Tangisan Palestin
Si anak kecil menangis sendirian
Si ibu tua merintih meminta belasan insan
Si isteri meraung meminta kedamaian
Si suami menentang musuh jajahan
Ya Tuhan,
ku menangis tanpa airmata bercucuran
Ku merintih tanpa suara yang dapat ku luahkan
Kedamaian yang ada tidak dapat ku berikan
Senjata yang ada masih juga gagal untuk mematah serangan
Ya Tuhan,
dosa apakah yang telah mereka lakukan
Sehingga sebegini berat hukuman yang dijatuhkan
Apakah kedamaian dengan cara peperangan ini yang mereka inginkan
Apakah keadilan dengan cara saling bermusuhan itu yang mereka mahukan
Tidak sanggup ku lihat segala penderitaan
Tidak berdaya tangan ku menolak dan menepis setiap kertasan
Memamparkan kehidupan mereka di dalam kemusnahan
Menggambarkan kesengsaraan mereka di dalam ketakutan
Mungkin, mungkin ini yang mereka idamkan
Bukan duit yang menjadi agenda keutamaan
Bukan kemewahan yang mereka impikan
Bukan juga rumah-rumah batu yang ingin mereka bangunkan
Tetapi memadailah dengan adanya kedamaian dan kemakmuran
Ya Tuhan,
ku mohon dan ku memanjat doa seribu harapan
agar dapat Kau dengarkanlah setiap rintihan dan raungan
si anak kecil yang sudah menjadi yatim di tengah-tengah peperangan
si ibu tua yang berlari meminta perlindungan
si isteri menjadi balu dek keganasan yang tiada berkesudahan
dan si suami yang bertarung nyawa demi mencari sebuah kedamaian
Catatan
Lisa Wan
pada
1:45 PM
0
komentar



