19 October 2007

Belajarlah

Belajarlah untuk mengenali kesilapan sendiri
Kerana sesungguhnya dengan kesilapan itu dipelajari
Insya-Allah akan dikurniakan nanti
Suatu ketenangan di dalam hati
Belajarlah untuk mudah melafazkan kemaafan
Kerana sesungguhnya dengan terlafaznya sebuah kemaafan
Insya-Allah tali perhubungan yang dijalinkan
Akan dilimpahi dengan keberkatan yang berpanjangan
Belajarlah untuk selalu memberikan senyuman
Kerana sesungguhnya dengan terukirnya senyuman
Maka lenyaplah dek segala api kemarahan
Kemarahan yang sudah lama menjadi tembok keruntuhan
Belajarlah untuk menadah tanganmu yang sering kekosongan
Menadah tangan bukan untuk meminta belas kasihan
Menadah tangan juga bukan untuk diberi hukuman atau ganjaran
Tetapi menadah tangan seiklas hati untuk mengucap penuh kesyukuran
Di atas kejayaan, kemenangan dan kesenangan yang dikurniakan

No comments: