20 October 2007

Kembara

PERSINGGAHAN…
Hakikatnya hidup ini hanyalah sebuah persinggahan
Yang datang pastinya akan pergi dan
Di setiap pertemuan tentunya akan diakhiri dengan perpisahan
Meskipun tanpa kerelaan



PELAYARAN…
Hidup ini bagaikan sebuah pelayaran
Pelayaran yang tidak bernakhoda akan hanyut di tengah lautan
Dek dipukul ombak dan angin kencang yang bertiupan
Apabila tiba saatnya pelayaran itu akan karam ke dasar lautan
Dek gelombang yang ganas umpama kesucian yang akan
Diselubungi dengan segala kejahatan



KEEGOAN…
Percintaan di antara kita bagaikan suatu persinggahan
Persinggahan yang dibaluti dengan seribu satu kesengsaraan
Kesengsaraan yang dialunkan dengan sendu tangisan
Tangisan yang berpunca dari hati yang telah dilukakan
Dilukakan dengan gurisan syahdu kerinduan
Kerinduan yang tidak berpenghujung serta amat memilukan
Memilukan naluri dan perasaan
Perasaan yang begitu jarang dipedulikan
Dipedulikan insan yang hidupnya penuh keegoan



KEKECEWAAN…
Kekecewaan itu lazim kita alami
Kekecewaan itu yang harus tabah kita hadapi
Kekecewaan setelah impian itu gagal kita miliki
Sebaliknya kita perlu memperlajari
Bahawa kekecewaan mengajar kita erti hidup sebenar di dunia ini

No comments: