02 January 2008

Muqaddimah 2008

Muqaddimah 2008
-----------------------------

2008,
rasanya baru semalam 2007 hangat diperkatakan
rasanya baru semalam 2007 heboh diperbincangkan
rasanya baru semalam 2007 begitu meriah kita sambutkan
kini...
2007 telah menjadi mimpi-mimpi indah semalaman
kenangan pahit yang terpahat menjadi satu pengiktibaran
setiap pengorbanan yang dilakukan
setiap ihsan yang diberikan
setiap kata yang diucapkan
setiap laku yang ditonjolkan
menjadi cermin akan apa yang menanti di masa hadapan
2008,
ku dangkapmu dengan penuh harapan
kepada Tuhan ku berdoa dan mohonkan keampunan
di atas setiap dan segala dosa, kesilapan dan kesalahan
di atas setiap solat yang ku tinggalkan
di atas setiap kekata yang ku lafazkan
di atas setiap tingkah-laku ku yang menyinggung perasaan
tanpa ku sedar atau sengaja dilakukan
2008,
ku cium bau wangian mu bak harum kasturi
agar diri ku yang hina lagi daif ini
senantiasa mendapat berkat dan rahmat Mu Ya Robbi...
agar ku menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi
agar ku menjadi insan yang sentiasa redha dengan qadak dan qadar Illahi
agar ku menjadi insan yang sentiasa sabar tika diuji
dan sentiasa tabah walau musibah melanda tanpa henti
terangilah hati kami
dari kegelapan yang cukup gelita ini
bimbinglah kami
dari bisikkan yang bisa memesongkan kami di dalam perjalanan ini
kerana ku yakin dan percaya kepada Mu Ya Allah, Ya Robbi
Ya Tuhan kami...
Amin

No comments: