09 January 2008

Taman Persahabatan

TAMAN PERSAHABATAN
-----------------------------------------------------------------------

Persahabatan itu bagaikan menjaga sebuah taman
Bajalah ia dengan benih kesabaran
kerna dari benih itu akan tumbuh satu jalinan ikatan
mengeratkan ukhwah sesama insan

Siramilah ia dengan titisan jernih air keiklasan
kerna kejernihan air dapat menyuburkan hati yg ketandusan
dengan kesegaran seribu harapan

Belailah ia dengan penuh kasih sayang
kerna dari situ akan berputik bunga2 ihsan
dan membuahkan rasa hormat terhadap teman

Pagarilah ia dengan amanah, bertanggungjawab dan ketaqwaan
kerna tanggungjawab itu akan membuat kita
lebih matang menghadapi dugaan bersama
amanah pula mengajar kita
untuk saling mempercayai walau sengketa kian melanda
dan ketaqwaan itu akan menjadi penyuluh buat kita
untuk menerangi taman hati tatkala di dalam gelita

Apabila benih kesabaran disirami titisan air keiklasan
akan mekarlah kuntuman-kuntuman bunga ihsan
serta lebatnya buah-buahan ketulusan
dan yg mewarnai taman indah persahabatan

- Lisa Wan

2 comments:

Anonymous said...

salam.
Idea dan kata-kata yang puitis. Mungkin kerana ilmu, bakat dan kemahiran tersendir.
terima kasih.

Lisa Wan said...

salam kembali buat selatmelaka dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke pondok kecil saya ini dan membaca artikel2 karya saya.

terima kasih.

- lisa wan