Andaian…
Terselit di sebaliknya seribu satu pengertian
Pengertian yang sesungguhnya tidak dapat ku huraikan
Kata sinonim yang seringkali kita gunakan
Sebagai pengganti diri di alam khayalan
Andaian…
Begitu banyak sekali perkataan yang lazim kita gunakan
Membentuk sesebuah fantasi di dalam kehidupan seharian
Kata yang sinis tetapi cukup bermakna untuk direnungkan
Sebagai tatapan di sepanjang perjalanan
Andaian…
Hidup ini dan luasnya awan itu diibaratkan
Hidup bagaikan birunya air di tengah lautan
Hidup diitirafkan watak di atas pementasan
Hidup juga tidak ubah seperti roda yang sedang berputaran
Andaian…
Terlalu banyak kata-kata andaian untuk diperkatakan
Terlalu banyak untuk ku fikirkan
Tetapi memadaikah dengan apa yang ku coretkan
Kerana andaian terlalu sukar untuk ku jelaskan
Andaian…
Terimalah kini bingkisan-bingkisan andaian
Yang telah lama ku coretkan
Ada yang ku coret sebagai luahan
Dan ada yang ku coret demi keadilan
Apa pun jua tafsiran yang diberikan
Diharap anda terhibur dengan segala apa yang dibentangkan
-NB : karya ini dikarang oleh Lisa Wan pada 20.01.2000.
19 October 2007
Andaian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment