15 October 2007

Sebagai Permulaan


Aku bagaikan dedaun kering menghujani tanah yang kering kekontangan. Merkahan tanah terlalu ngeri untuk ku nyatakan. Kupasan tanah memang terlalu jijik untuk ku gambarkan. Sesak nafasku mengikut alunan angin yang bertiupan. Lemas ku bergelut dengan arus yang saling berkejaran.

Akhirnya aku terdampar lelah di atas pusara usang bersama bebunga Kemboja yang berselerakkan di atas dan di celah-celah batu yang gersang. Mungkin itulah riwayat ku sekiranya ingin ku ibaratkan. Sudah tidak bermaya lagi untuk ku terus berjuang dan terus menegakkan erti perjuangan itu sendiri seandainya dedaun lain lebih suka hidup sendirian tanpa arah tujuan. Hati ku mulai rajuk, rajuk ku sudah tidak membawa sebarang pengertian bagi mereka yang menyaksikan. Apa yang jelas di depan mata hanyalah sepasang nisan yang berukiran.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan Mu agar aku dapat terus menempuh segala cubaan dan dugaan yang telah Engkau berikan dan sesungguhnya akan ku terima dengan penuh kerelaan. Amin.

No comments: