22 October 2007

Buat Sandaran

PERMAINAN…
Kita perlu pandai mengimbangi sesebuah kehidupan
Kehidupan yang bagaikan suatu permainan
Kalah atau menang adalah adat pertaruhan
Yang kalah tidak bererti malap sudah semua harapan
Dan yang menang harus sentiasa bersyukur dengan kejayaan



MASA…
Masa terlalu pantas untuk dijejaki
Hari, minggu dan bulan silih berganti
Masa terus beredar dan maju bergerak tanpa menanti
Putaran masa sememangnya tiada kesempatan untuk menanti
Kerana masa dicipta bukan untuk dinanti
Bergerak dan bergerak lebih maju dari alaf kemajuan
Yang ketinggalan akan keciciran
Dan yang mengejar pastinya tidak akan didahulukan



PERJALANAN…
Perjalanan hidup ini penuh dengan onak rintangan
Perjalanan hidup ini diselimuti dengan ranjau dugaan
Perjalanan hidup ini ternyata masih luas untuk diteruskan
Namun yang pasti perjalanan adalah tangga menuju ke kehidupan



PENANTIAN…
Penantian adalah suatu penyeksaan
Penyeksaan yang tiada berkesudahan
Penantian juga telah mengajar kita erti kesabaran
Kesabaran demi mengejar cita-cita dan impian



IMPIAN…
Definasi yang kurang jelas untuk dimengertikan
Impian untuk terus ke puncak kejayaan
Impian yang lahirnya dari alam khayalan
Dan yang hidup di dunia kenyataan

No comments: