Rempuhan angin yang bertiup bagaikan membawa satu rintihan
Geseran dedaun Kemboja yang jatuh berguguran
Bersandar lelah di atas tanah yang kekeringan
Ditiup angin lalu jauh terus ia berterbangan
Lihatlah wahai anak-anak ku semua
Kekejaman yang berlaku di mana-mana
Setiap detik, setiap waktu dan setiap masa
Ada sahaja yang pasti menjadi mangsa
Pernahkah kau terfikir buat seketika
Bencana apakah yang telah melanda
Sehingga terkorban sudah ribuan nyawa
Sehingga berpecah-belah keluarga tercinta
Tangisan si anak kecil tidak dipedulikan
Ratapan si ibu tua tidak dihiraukan
Keganasan masih lagi diketengahkan
Hanya untuk mencari sesebuah keadilan
Apakah mesti nyawa mereka kita korbankan
Apakah mesti anak-anak dunia kita yatimkan
Apakah kemenangan seperti itu yang kita inginkan
Sedangkan sikap mereka seperti manusia yang tidak berperasaan
Mereka juga seperti kita
Yang ingin hidup disamping keluarga tercinta
Jarang sekali rintihan mereka diambil kira
Sehingga merana sepanjang masa
Lihatlah kepada anak-anak dunia
Mereka menangis tanpa hentinya
Apakah itu keadilan yang kita pinta
Di atas kehidupan mereka yang penuh derita
Titisan darah yang mengalir bagaikan curahan hujan
Dengan lapisan kulit yang sentiasa berterbangan
Anak-anak kecil menangis di dalam ketakutan
Meminta simpati dan belas kasihan
Kepada manusia sejagat dipohon keampunan
Agar peperangan yang tercetus dengan segera dihentikan
Menadah tangan sambil berdoa kepada Tuhan
Apa masih adakah lagi perikemanusiaan
Ataukah ianya sudah lama ditelan alam permodenan
Sehingga mereka dibuai senja kealpaan
Akan nasib anak-anak dunia yang hidup kesengsaraan
01 November 2007
Lihatlah Wahai Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment