Hidup ini bagaikan bunga di jambangan
Bunga yang mekar memberi harum wangian
Mewarnai hidup sebagai perhiasan
Yang buruk diketepikan dan indah menjadi pilihan
Sekali bunga dipetik dari jambangan
Dengan harapan dapat menyerikan
Tetapi setelah bunga ada di genggaman
Ia layu dan mati kerana dibiarkan
Namun kita seperti bunga diibaratkan
Tiba saatnya kita pasti layu ketandusan
Kerana mengikut hati dan perasaan
Sehingga kita lalai di alam kealpaan
Renungkanlah seketika wahai teman
Apa yang telah aku coretkan
Hanyalah madah ringkas dijadi tatapan
Semoga ianya dibentuk suatu pengajaran…
01 November 2007
Jambangan Kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment