01 November 2007

Kasihanilah Mereka


Letupan demi letupan yang diperdengarkan
Percikkan demi percikkan darah yang bercurahan
Titisan demi titisan airmata yang berderaian
Melihat keluarga tersayang hancur terkorban



Rintihan demi rintihan yang mereka lagukan
Keluhan demi keluhan yang mereka hembuskan
Tangisan demi tangisan yang mereka sendukan
Melihat peperangan masih lagi diteruskan

Mentari pagi yang muncul menyinarkan
Bagaikan membawa sinaran baru di dalam kehidupan
Namun ianya tidak secerah yang diharapkan
Kerana dirudung awan kegelapan
Kepada angin yang lalu dia berpesan
Agar ayah dan ibunya kembali kepangkuan

Supaya keluarga yang selalu diimpikan
Akan menjadi satu kenyataan
Tetapi dilihat ayah yang sedang kebunjuran
Dengan darah yang mengalir tanpa hentian
Melihat ibu yang terlantar di jalanan
Dengan cebisan kain yang berterbangan

Selangkah demi selangkah gerak diaturkan
Kesakitan demi kesakitan yang dirasakan
Ketakutan demi ketakutan yang mencengkamkan
Melihat keganasan yang semakin berpanjangan

Dilihat keadaan sekelilingnya
Diperhatikan seorang kanak kecil menangis tiada hentinya
Direnungi ratapan si ibu tua melihat anak yang sudah tiada
Didongaknya ke atas lalu dengan berani dia bertanya

Apakah dosa kami kepada mu Tuhan
Anak-anak kecil yang masih belum kenal erti kehidupan
Maka kami dihukum tanpa rasa belas kasihan
Dari manusia yang seperti kami mempunyai hati dan perasaan
Sungguh berat hukuman yang dijatuhkan
Terlalu gelap kiranya perjalanan yang dibentangkan
Sehingga terpaksa kami terkapai-kapai meminta pertolongan
Agar masih ada lagi golongan yang mempunyai hati dan perasaan

No comments: